Selamat Membaca. Semoga Mendapat ilmu yang berguna dari blog ini. Terima kasih.

Wednesday, 30 November 2016

O R I E N T E E R I N G

Selamat Pagi, Salam Sajahtera, dan Salam 1 Malaysia..


Admin kali ini ingin berkongsi tentang Orienteering. Apakah itu Orienteering? Anda tertanya?? admin akan terangkan dalam teks dibawah. Diharap anda bersabar ya.


PENGENALAN

  Sukan orienteering sangat popular di England dan Amerika Syarikat. Pada peringkat awalnya dipercayai telah berlangsung pada tahun 1900 dianjurkan oleh kelab Tyalve di Oslo, Norway. Ketika itu dikenali sebagai 'Perlumbaan Orienteering' . Pada tahun 1919 sukan ini telah menarik penyertaan lebih 200 orang iaitu di luar Stockholm. Ia telah dikendalikan oleh Capt. Ernst Killander yang juga dikenali sebagai Bapa Orienteering. Sukan orienteering telah mengalami modifikasi yang ketara pada tahun 1930-an diurus oleh Bjorn dan Alvar Kjellstrom. Buat pertama kalinya kompas digunakan untuk tujuan pandu arah. 


DEFINISI DAN KONSEP 
     
     Orienteering adalah satu seni pandu arah bagi suatu kawasan dengan bantuan peta dan kompas. Untuk menjadikan ia lebih sistematik dan menyeronokkan, peraturan - peraturan dan struktur organisasi dirangka. Konsepnya terletak pada dua perkara utama iaitu kompas dan peta. Orienteering boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan dan akitiviti ini boleh dijalankan dimana - mana sahaja. Orientering ini juga menggunakan bearing (arah) bagi melengkapkan arahan yang diberikan dengan merujuk setiap bearing yang disenaraikan. Melalui bacaan bearing tersebut pergerakkan dari satu tempat  ke tempat lain dapat dilakukan.


OBJEKTIF
  • Membina Sikap bertanggungjawab.
  • Latihan kemahiran asas pandu arah di darat berdasarkan penggunaan kompas dan peta.
  • Memperbaiki tahap kecergasan fizikal.
  • Membina daya tahan kendiri.
  • Membina keyakinan kendiri.
  • Boleh melihat dan mendekatkan diri dengan alam.
  • Mempertingkatkan kesedaran pentingnya menjaga keseimbangan alam  persekitaran.   


JENIS PETA 

 1. Peta Topografi.
  • Peta khusus digunakan bagi tujuan pergerakkan secara pandu arah.
  • Mempunyai dimensi iaitu dimensi mencancang dan mengufuk.
  • Maklumat tentang tinggi atau rendah keadaan muka bumi adalah amat penting untuk sebarang pergerakkan di muka bumi.
  • Ketinggian muka bumi dilambangkan melalui garisan kontur. 

 2. Peta Planimetri.
  • Hanya mempunyai dimensi mengufuk sahaja.

     
SKALA PETA

 1.  Peta Skala Kecil ( 1 : 600 000 )
  • Peta yang mengambarkan keadaan muka bumi yang agak luas.
  • Kurang terperinci.

 2. Peta Skala Besar ( 1 : 75  000 )
  • Mengambarkan kawasan muka bumi yang lebih kecil.
  • Maklumat terperinci.


JENIS - JENIS KOMPAS

1. Kompas Prismatik.



2. Kompas Orienteering.
  • Khusus kepada sukan orienteering sahaja.


3. Kompas lensatik.





KESIMPULAN

  Kesimpulan, Orienteering adalah satu aktiviti yang mesra alam, memerlukkan pemikiran pantas, fokus yang menyeluruh, ketahanan fizikal yang unggul dan kesabaran yang tinggi. Aktiviti dijalankan satu tempat ke satu tempat yang telah ditanda dengan jarak bearing penanda tersebut ke penanda lain melalui arahan yang diberikan. Aktiviti ini semakin menyeluruh ke negara - negara yang lain termasuk negara kita.

Selamat Membaca.... 

Thursday, 24 November 2016

ACARA LUMBA JALAN KAKI

Selamat Pagi, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia..

Hai.. Admin hari ini nak berkongsi pengetahuan berkaitan dengan sukan iaitu acara Lumba Jalan Kaki. Sebelum admin masuk lebih lanjut lagi, lumba jalan kaki tidak seperti acara 100 meter , 200 meter, lari berpagar dan sebagainya yang menjadi tumpuan ramai semasa berlakunya hari sukan atau termasya sukan - sukan yang lain. Dengan ini, admin ingin mendedahkan berkaitan sukan ini dan meneruskan kepada topik asal.


BERDASARKAN PERATURAN 230 :


Apakah itu Lumba Jalan Kaki ?

Lumba Jalan Kaki ialah pergerakan langkah yang berterusan suapaya langkah tersebut sentiasa mencecah bumi, supaya tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi berlaku yang boleh kelihatan (pada mata kasar). Kaki yang berada di hadapan hendaklah sentiasa lurus (tidak membengkokkan lutut) dari mula mencecah bumi sehinggalah keadaan pejalan benar - benar tegak.





Bagaimana pula dengan jarak - jarak acara lumba jalan kaki ?

Berikut adalah jarak piawai :

a) Dalam dewan : 3000 meter, 5000 meter.
b) Luar dewan : 5000 meter, 10 000 meter, 20 000 meter, dan 50 000 meter.

Bagaimana penghakiman untuk acara lumba jalan kaki ? 

a) Hakim -hakim Lumba Jalan Kaki yang dilantik hendaklah memilih ketua Hakim, jika tidak ada perlantikan sebelumnya.

b) Semua Hakim hendaklah bertindak secara sendirian dan penghakiman mereka hendaklah berdasarkan penelitian mata kasar.

c) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), semua Hakim hendaklah hakim -hakim lumba jalan kaki antarabangsa.

d) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (b),(c),(e),(f),(g), dan (j) semua hakim hendaklah hakim -hakim lumba jalan kaki wilayah atay hakim -hakim lumba jalan kaki antarabangsa.

e) Bagi perlumbaan jalan raya, lazimnya minimum 6 orang dan maksimumnya sembilan orang Hakim termasuk seorang Ketua Hakim.

f) Bagi perlumbaan balapan, lazimnya 6 orang Hakim termasuk seorang ketua hakim.

g).Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), tidak lebih dari seorang hakim ( kecuali ketua hakim) dari sebuah Negara boleh bertugas.

h) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), (b), (c), (d), dan (f), ketua hakim mempunyai kuasa membatalkan seseorang atlet dalam 100 m terakhir apabila pergerakan langkah atlet jelas gagal mematuhi peraturan 230.1 tanpa mengira bilangan kad merah diterima sebelum itu.

i) Bagi semua pertandingan di bawah peraturan 1.1 (a),(b),(c), dan (f), seorang pegawai pertugas Papan Pemaklumat dan seorang Pencatat Ketua Hakim hendaklah dilantik.


Apakah Amaran dan Pembatalan ?


a). Amaran kepada yang gagal mematuhi peraturan 230.1 semasa lumba jalan kaki


  • Hakim akan menunjukkan paddle kuning untuk kesalahan yang dilakukan dengan simbol apabila membuat teguran kepada peserta. 
  • Amaran " m " diberikan apabila berlakunya kesalahan terapung atau pergerakan langkah yang tidak mencecah permukaan semasa lumba jalan kaki.
  • Amaran " < " diberikan apabila berlakunya kesalahan kaki bengkok. Sila rujuk gambar 2.1.
Gambar 2.1 


  • Amaran " Merah " diberikan apabila atlet dibatalkan daripada pertandingan tersebut kerana telah melakukan tiga kesalahan mengikut peraturan 230.1. Sila rujuk gambar 2.2.
  • Papan pemaklumat hendaklah ditempatkan di haluan dan berhampiran penamat kepada atlet tentang bilangan Kesalahan yang telah dihantar kepada ketua hakim untuk setiap atlet. Simbol bagi setiap kesalahan hendaklah juga ditunjukkan di papan pemaklumat. 


Gambar 2.2

Bagaimana dengan Permulaan semasa acara lumba jalan kaki ?

  • Perlumbaan hendaklah dimulakan dengan tembakan pistol.
  • Arahan dan prosedur untuk perlumbaan lebih daripada 400 m hendaklah digunakan (Peraturan 162.3).
  • Dalam perlumbaan yang melibatkan ramai atlet, amaran 5 minit, 3 minit dan 1 minit sebelum mulanya perlumbaan hendaklah diberikan.



SUMBER : Buku Peraturan Olahraga KOM 2016 -2017 ( Peraturan 230 )




Admin telah kongsikan perkara yang admin telah dapat daripada sumber - sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, admin juga merupakan seorang atlet Lumba Jalan Kaki dan telah menceburi bidang ini selama 7 tahun. Walaupun, banyak kemahiran yang admin belum tahu lagi tapi cukup pengalaman yang dilalui selama 7 tahun tersebut. Harapan admin agar semua yang pembaca mendapat pengetahuan dan maklumat daripada perkongsian tersebut. 

Selamat Membaca.....

t
i
s
i
V
r
o
F
s
k
n
a
h
T
s
u
i
t
r
a
M
m
'
I
,
y
e
H