Admin kali ini ingin berkongsi tentang Orienteering. Apakah itu Orienteering? Anda tertanya?? admin akan terangkan dalam teks dibawah. Diharap anda bersabar ya.
PENGENALAN
Sukan orienteering sangat popular di England dan Amerika Syarikat. Pada peringkat awalnya dipercayai telah berlangsung pada tahun 1900 dianjurkan oleh kelab Tyalve di Oslo, Norway. Ketika itu dikenali sebagai 'Perlumbaan Orienteering' . Pada tahun 1919 sukan ini telah menarik penyertaan lebih 200 orang iaitu di luar Stockholm. Ia telah dikendalikan oleh Capt. Ernst Killander yang juga dikenali sebagai Bapa Orienteering. Sukan orienteering telah mengalami modifikasi yang ketara pada tahun 1930-an diurus oleh Bjorn dan Alvar Kjellstrom. Buat pertama kalinya kompas digunakan untuk tujuan pandu arah.
DEFINISI DAN KONSEP
Orienteering adalah satu seni pandu arah bagi suatu kawasan dengan bantuan peta dan kompas. Untuk menjadikan ia lebih sistematik dan menyeronokkan, peraturan - peraturan dan struktur organisasi dirangka. Konsepnya terletak pada dua perkara utama iaitu kompas dan peta. Orienteering boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan dan akitiviti ini boleh dijalankan dimana - mana sahaja. Orientering ini juga menggunakan bearing (arah) bagi melengkapkan arahan yang diberikan dengan merujuk setiap bearing yang disenaraikan. Melalui bacaan bearing tersebut pergerakkan dari satu tempat ke tempat lain dapat dilakukan.
OBJEKTIF
- Membina Sikap bertanggungjawab.
- Latihan kemahiran asas pandu arah di darat berdasarkan penggunaan kompas dan peta.
- Memperbaiki tahap kecergasan fizikal.
- Membina daya tahan kendiri.
- Membina keyakinan kendiri.
- Boleh melihat dan mendekatkan diri dengan alam.
- Mempertingkatkan kesedaran pentingnya menjaga keseimbangan alam persekitaran.
JENIS PETA
1. Peta Topografi.
- Peta khusus digunakan bagi tujuan pergerakkan secara pandu arah.
- Mempunyai dimensi iaitu dimensi mencancang dan mengufuk.
- Maklumat tentang tinggi atau rendah keadaan muka bumi adalah amat penting untuk sebarang pergerakkan di muka bumi.
- Ketinggian muka bumi dilambangkan melalui garisan kontur.
2. Peta Planimetri.
- Hanya mempunyai dimensi mengufuk sahaja.
SKALA PETA
1. Peta Skala Kecil ( 1 : 600 000 )
- Peta yang mengambarkan keadaan muka bumi yang agak luas.
- Kurang terperinci.
2. Peta Skala Besar ( 1 : 75 000 )
- Mengambarkan kawasan muka bumi yang lebih kecil.
- Maklumat terperinci.
JENIS - JENIS KOMPAS
1. Kompas Prismatik.
2. Kompas Orienteering.
- Khusus kepada sukan orienteering sahaja.
3. Kompas lensatik.
KESIMPULAN
Kesimpulan, Orienteering adalah satu aktiviti yang mesra alam, memerlukkan pemikiran pantas, fokus yang menyeluruh, ketahanan fizikal yang unggul dan kesabaran yang tinggi. Aktiviti dijalankan satu tempat ke satu tempat yang telah ditanda dengan jarak bearing penanda tersebut ke penanda lain melalui arahan yang diberikan. Aktiviti ini semakin menyeluruh ke negara - negara yang lain termasuk negara kita.
Selamat Membaca....